Tuesday, January 6, 2009

Makin Teruk

kadar cd4 bg manusia normal adalah antara 500-1500. utk pesakit hiv cd4 mrk adalah 200-499. aids 200 kebwh. dan cd4 aku spt yg diberitahu doktor adalah 297. sikit saja lagi untuk sampai ke tahap aids. hmmm

Friday, December 19, 2008

1st counselling session n more blood test

17 Disember 2008

tarikh ni merupakan tarikh di mana aku menghadiri sesi kaunseling wat 1st time d hospital. seorang doktor wanita berbangsa cina dengan mesra menyapaku dan mempersilakan aku duduk. perkara pertama yg ditanya ialah bagaimana keaadaan ku. aku rasa ok sbb dah mula terima kenyataan. sesi ni lbh kepada pengenalan tentang virus hiv dan benda2 yg berkaitan. byk gak bercerita pasal latar belakan aku. tahap kesihatan n sejarah silam. aku agak selesa ngan sesi ni mungkin sbb doktor yg handle kaunseling tak judge aku. so banyaklah yg diborakkan.

tamat sessi, aku diarahkan untuk ke bahagian pengambilan darah. sampel darahku akan diambil utk di uji kalau2 aku juga mengidap penyakit berkaitan. ada 6 sampel semuanya. sampel tu juga utk ujian tahap virus merebak dlm tubuh dan memastikan samada virus tlh merebak ke otak @ sebaliknya.

Tuesday, December 9, 2008

kuatkan semangat

9 hari telah berlalu semenjak ku di sahkan mengidap HIV. mungkin kerana lemah semangat dan terlalu memikirkan tentang penyakit ku, aku diserang demam penas. sudah 3 hari demamku belum jiga sembuh. seluruh tubuh terasa sakit bagai direntap. belum pernah kurasakan demam seseksa ini. mungkin juga virus telah mengambil alih sistem pertahanan tubuhku.. aku kena kuat. aku tak boleh mengalah.

....kini apa yg bermain di benakku bukanlah tentang aku. aku dah tak peduli lagi dengan apa yg akan berlaku padaku 1 hari nanti. apa yg kurisaukan adalah APIS. aku risau kalau2 dia dijangkiti sama. walaupun hasil ujian darahnya menunjukkan dia 'clean' tapi dalam keadaan tertentu, virus ini bisa dalam keadaan 'window' @ sembunyi drpd dikesan sekurang2nya 10hari @ 6 bulan dari tarikh ia menjangkiti tubuh manusia. (sungguh ironi betapa ku kini sibuk mengkaji tentang virus ini setelah dijangkiti)..

jika sesuatu terjadi pada APIS, bagaimana lagi bisa ku maafkan diri ini? pengorbanannya, kasih sayangnya ku balas dengan kesengsaraan. sesalku akan terus menghantui diri ini hingga ke akhir hayatku. aku bukanlah seperti APIS. bagi aku, setiap sesuatu yg berlaku, adalah ketentuan.. aku tidak pernah merencana jauh sekali memasang target untuk mencapai sesuatu dalam hidup. bagi aku, cita2 hanya untuk kanak2 sekolah. sesuatu yg boleh diangan2kan moga2 menjadi kenyataan. aku dah berhenti memasang angan2 @ cita2 bertahun lamanya. semenjak hidup ku menjadi bertambah tak keruan bertahun dulu.

APIS.. seorang yg punyai impian besar, aku kagum dengan semangatnya. hingga kini 70% cita2nya sudah menjadi kenyataan. akan mencapai 100% dalam masa beberapa tahun lagi jika tidak kerana aku. daripada pekerja bawahan, dia kini memegang jawatan besar disyarikat, menjadi org kepercayaan bos. amat rapat dengan keluarga, punya ramai teman2.. aku doakan dirinya terhindar dr segala penyakit. AMINNN...

Thursday, December 4, 2008

episod baru dalam hidup

ya ALLAH,
berikanlah aku kekuatan.
teguhkanlah iman.
moga2 tak ku hilang pedoman.

segala2nya ketentuan tuhan. sesukar mana sekalipun, aku harus tempuh. memang pada mulanya imanku seakan goyah. mahu sahaja menamatkan segalanya. namun sokongan dan perhatian kalian amat besar ertinya..

APIS
kekasihku. cinta hatiku. terima kasih kerana mengerti. terima kasih kerana di sisi. hubungan kami masih baru. belum lagi menjejak setahun. namun ku akui, kau banyak berkorban demiku. memberikan aku kekuatan. selepas sahaja diberitahu tentang apa yg berlaku, apis bergegas menemaniku. tak mahu aku sendiri kerna bimbang berlaku sesuatu yg bukan2. terima kasih sayangku. kaulah sumber kekuatan. i love u.

EDRY
sahabat baikku, teman serumahku, rakan sekerjaku yg ku kagumi dan kasihi. terima kasih kerana menerima diri ini seadanya. terima kasih kerana berkongsi kesusahan yg ku tanggungi. kau berikanku inspirasi. sayang kamu. sebagai sahabat, kau patut tahu. dan terima kasih kerna tidak menjauh.

EZHAR
teman baikku. walau jarang sekali bertemu, namun kaulah tempat ku mengadu. tempat ku luahkan segala yg terbuku di benak. tempat bertukar2 cerita, kisah cinta dan duka. jenaka dan air mata. terima kasih kerana perhatian dan dorongan.

tampa kalian bertiga, hidupku pasti binasa. tak tahu bagaimana untuk menjalani hari2 mendatang. terima kasih semua.

Wednesday, December 3, 2008

bermula segalanya

segalanya bermula dengan satu panggilan telefon.. panggilan yg merobah hidupku selamanya. berita yg pastinya tidak mahu di dengar namun terpaksa ku terima. Qada dan qadar sudah tertulis.. dan aku tak pasti bagaimana menghadapinya. namun itulah suratan. yang pahit terpaksa ditelan walau seksa dan pedih aku terpaksa terima.

beberapa minggu lalu, tanpa dirancang ku ikutkan juga pelawaan seorang teman untuk sama-sama menderma darah. walau tidak pernah menderma dan agak fobia dengan jarum suntikan, ku turutkan jua. apa salahnya sakit sedikit untuk sesuatu yg baik. kata teman, apa2 soalan yg luarbiasa, jawab sahaja tidak. agak terpinga2 pada mulanya namun faham akhirnya. teman itu merujuk pada soalan no 14.
begini lebih kurang bunyinya:

"adakah anda pernah terlibat dengan perkara di bawah?
  • pernah berkongsi jarum suntikan
  • pernah terlibat dengan aktiviti homoseksual @ hubungan sejenis
  • pernah melakukan sex rambang @ berbilang pasangan"
untuk mengelakkan sebarang masalah, dan ku yakin tiada apa yg tak kena dengan darahku, aku ikut kata teman tadi. aku pulang dengan perasaan bangga kerana telah melakukan sesuatu yg mulia - berbakti kpd insan lain.

2 minggu berlalu, hidupku biasa seperti sebelumnya. namun segalanya berubah dengan satu panggilan telefon. aku ingat lagi pada hari itu aku sedang bersiap untuk pergi kerja. 21 november 2008. jam 9.30 pagi. seseorang dari hospital menelefonku dan menyatakan bahawa aku harus ke hospital untuk menjalani ujian darah kerna ada sedikit 'masalah' dengan darah yg kudermakan tempohari. pihak hospital tidak mahu bercakap lanjut tentang 'masalah' pd darah ku dengan alasan mesin ujian darah amat sensitif dan mungkin melakukan kesilapan. kerana itulah diminta supaya ku datang utk ujian semula. temujanji ditetapkan pada 26 november 2008.

sejak itu hidupku berubah. bermacam2 andaian bermain di benak. segala dosa dan noda yg pernah dilakukan terlintas diminda. wajah2 insan yg ku kasihi terbayang di mata. fobia menghantui diri. bagaimana jika betul ada masalah pada darah aku? dan jika benar, masalah apa? AIDS?? hepatitis?? siflis?? tidak.. minta2 jangan. hari-hari berlalu dengan keresahan dan serba serbi tak kena.

26 november 2008

tepat jam 10pg aku sudah tiba di unit tabung darah hospital besar. bermacam perasaan berkecamuk di benak. mungkin ternanti2 jawapan pasti, mungkin juga tidak mahu mendengar apa2 jawapan. tapi yg pasti, aku takut jika memang ada masalah dengan darahku. selepas memperkenalkan diri, aku dibawa ke dalam sebuah bilik untuk ditemu ramah. seorang doktor lelaki yg membahaskan "aku" dan "kau" ketika berbicara (mungkin supaya kedengaran lebih mesra dan aku merasa selesa. - jujur ku katakan, ia langsung tidak membantu!) doktor menyoal berbagai soalan. semuanya untuk mengkaji latar belakang dan sejarah silam. dua perkara yg tak suka diceritakan kepada sesiapa namun terpaksa juga ku ceritakan.
selesai sesi soal jawab, aku diminta ke ruang menderma. contoh darahku di ambil dan aku disuruh menunggu di ruang tetamu. seketika kemudian doktor tadi memaklumkan yg aku boleh mengambil keputusan ujian pada 2 disember 2008. aku tak pasti samada aku mampu menunggu seminggu lagi untuk mengetahui apa yg tak kena dengan sampel darah ku. arggghhhh.

1 disember 2008

hari ini adalah hari AIDS sedunia. aku tak sanggup menunggu 1 hari lagi. dah berminggu jiwa terseksa. makan tak lalu, tidur tak mahu. segalanya serba tak kena. tanpa memperdulikan tarikh temujanji yg sepatutnya, aku pergi juga ke hospital besar. namun hampa. kerana kes aku tergolong dalam kes sulit dan doktor biasa tidak ada kuasa utk memberikan keputusan ujian. keputusan ujian hanya boleh diberikan oleh ketua unit patologi hospital. aku pulang dengan hampa.

2 disember 2008

semalam aku tidur dengan nyenyak sekali. dah berminggu tak tidur selena ini. segala keresahan, ku buang jauh-jauh. segala keputusan, aku harus tempuh. aku tiba di hospital jam 2petang. masuk sahaja ke dalam, aku terpaksa tunggu lagi kira2 30minit kerana ketua unit patologi belum tiba. argghhhhh!! tension.

kira2 jam 2.30ptg aku diminta masuk ke bilik ketua unit. seorang doktor wanita yg dipanggil datin oleh rakan sejawat menyapa mesra sambil menyuruhku duduk. datin mula bertanya khabarku dan meminta aku bersabar serta bersedia menerima apa jua keputusan ujian darah.
"setelah ujian semula dilakukan terhadap darah encik, saya mengesahkan yg ianya positif H.I.V..."

kepalaku bagai dihempap dengan beban yg maha dahsyat...
ronggaku tersekat lemas tak mampu bernafas...
seluruh urat dan nadi bagai disiat...
dan jantungku terasa di rentap...
dunia ku rasakan gelap...

........mak, bapak yg ku kasihi..
........adik beradik yg ku sayangi..
........kekasih yg ku cintai..
........sahabat yg ku kagumi..
aku tak tahu bagaimana lagi.
untuk tempuhi semua ini.

"siapapun yg berada ditempat awak, pasti sukar menerima kenyataan ini..., saya harap awak ada seseorang yg boleh dikongsi masalah.." itu kata2 datin.

siapa? memang aku kenal ramai orang. tapi siapa? siapa yg sanggup mendengar berita tentang penyakit ku ini? keluarga? teman? kekasih? aku takut aku tak punya lagi tempat di hati mereka selepas ini. keluargaku orang baik2, dihormati dan dikenali. aku tak mahu mereka mendapat malu. teman? aku tak bersedia lagi kehilangan teman. kekasih? entahlah. ujian ini terlalu berat utk ditanggung.

seterusnya datin merujuk kes aku ke unit pakar di tingkat bawah. ku cuba kuatkan semanagat. menahan keresahan dan air mata yg bergenang. aku dijadualkan untuk menghadiri sesi kaunseling dan ujian pallet darah pada tanggal 17 disember 2008. mengesan sejauh mana penyakit ini merebak dalam tubuh.

ku pulang dengan seribu kekesalan.. segalanya sudah terlambat. adakah ini pengakhiran hidupku? beginikah caranya ku mati nanti? diselaputi kehinaan dan perasaan malu. yang ku tahu, hidupku takkan sama lagi selepas ini.