Wednesday, December 3, 2008

bermula segalanya

segalanya bermula dengan satu panggilan telefon.. panggilan yg merobah hidupku selamanya. berita yg pastinya tidak mahu di dengar namun terpaksa ku terima. Qada dan qadar sudah tertulis.. dan aku tak pasti bagaimana menghadapinya. namun itulah suratan. yang pahit terpaksa ditelan walau seksa dan pedih aku terpaksa terima.

beberapa minggu lalu, tanpa dirancang ku ikutkan juga pelawaan seorang teman untuk sama-sama menderma darah. walau tidak pernah menderma dan agak fobia dengan jarum suntikan, ku turutkan jua. apa salahnya sakit sedikit untuk sesuatu yg baik. kata teman, apa2 soalan yg luarbiasa, jawab sahaja tidak. agak terpinga2 pada mulanya namun faham akhirnya. teman itu merujuk pada soalan no 14.
begini lebih kurang bunyinya:

"adakah anda pernah terlibat dengan perkara di bawah?
  • pernah berkongsi jarum suntikan
  • pernah terlibat dengan aktiviti homoseksual @ hubungan sejenis
  • pernah melakukan sex rambang @ berbilang pasangan"
untuk mengelakkan sebarang masalah, dan ku yakin tiada apa yg tak kena dengan darahku, aku ikut kata teman tadi. aku pulang dengan perasaan bangga kerana telah melakukan sesuatu yg mulia - berbakti kpd insan lain.

2 minggu berlalu, hidupku biasa seperti sebelumnya. namun segalanya berubah dengan satu panggilan telefon. aku ingat lagi pada hari itu aku sedang bersiap untuk pergi kerja. 21 november 2008. jam 9.30 pagi. seseorang dari hospital menelefonku dan menyatakan bahawa aku harus ke hospital untuk menjalani ujian darah kerna ada sedikit 'masalah' dengan darah yg kudermakan tempohari. pihak hospital tidak mahu bercakap lanjut tentang 'masalah' pd darah ku dengan alasan mesin ujian darah amat sensitif dan mungkin melakukan kesilapan. kerana itulah diminta supaya ku datang utk ujian semula. temujanji ditetapkan pada 26 november 2008.

sejak itu hidupku berubah. bermacam2 andaian bermain di benak. segala dosa dan noda yg pernah dilakukan terlintas diminda. wajah2 insan yg ku kasihi terbayang di mata. fobia menghantui diri. bagaimana jika betul ada masalah pada darah aku? dan jika benar, masalah apa? AIDS?? hepatitis?? siflis?? tidak.. minta2 jangan. hari-hari berlalu dengan keresahan dan serba serbi tak kena.

26 november 2008

tepat jam 10pg aku sudah tiba di unit tabung darah hospital besar. bermacam perasaan berkecamuk di benak. mungkin ternanti2 jawapan pasti, mungkin juga tidak mahu mendengar apa2 jawapan. tapi yg pasti, aku takut jika memang ada masalah dengan darahku. selepas memperkenalkan diri, aku dibawa ke dalam sebuah bilik untuk ditemu ramah. seorang doktor lelaki yg membahaskan "aku" dan "kau" ketika berbicara (mungkin supaya kedengaran lebih mesra dan aku merasa selesa. - jujur ku katakan, ia langsung tidak membantu!) doktor menyoal berbagai soalan. semuanya untuk mengkaji latar belakang dan sejarah silam. dua perkara yg tak suka diceritakan kepada sesiapa namun terpaksa juga ku ceritakan.
selesai sesi soal jawab, aku diminta ke ruang menderma. contoh darahku di ambil dan aku disuruh menunggu di ruang tetamu. seketika kemudian doktor tadi memaklumkan yg aku boleh mengambil keputusan ujian pada 2 disember 2008. aku tak pasti samada aku mampu menunggu seminggu lagi untuk mengetahui apa yg tak kena dengan sampel darah ku. arggghhhh.

1 disember 2008

hari ini adalah hari AIDS sedunia. aku tak sanggup menunggu 1 hari lagi. dah berminggu jiwa terseksa. makan tak lalu, tidur tak mahu. segalanya serba tak kena. tanpa memperdulikan tarikh temujanji yg sepatutnya, aku pergi juga ke hospital besar. namun hampa. kerana kes aku tergolong dalam kes sulit dan doktor biasa tidak ada kuasa utk memberikan keputusan ujian. keputusan ujian hanya boleh diberikan oleh ketua unit patologi hospital. aku pulang dengan hampa.

2 disember 2008

semalam aku tidur dengan nyenyak sekali. dah berminggu tak tidur selena ini. segala keresahan, ku buang jauh-jauh. segala keputusan, aku harus tempuh. aku tiba di hospital jam 2petang. masuk sahaja ke dalam, aku terpaksa tunggu lagi kira2 30minit kerana ketua unit patologi belum tiba. argghhhhh!! tension.

kira2 jam 2.30ptg aku diminta masuk ke bilik ketua unit. seorang doktor wanita yg dipanggil datin oleh rakan sejawat menyapa mesra sambil menyuruhku duduk. datin mula bertanya khabarku dan meminta aku bersabar serta bersedia menerima apa jua keputusan ujian darah.
"setelah ujian semula dilakukan terhadap darah encik, saya mengesahkan yg ianya positif H.I.V..."

kepalaku bagai dihempap dengan beban yg maha dahsyat...
ronggaku tersekat lemas tak mampu bernafas...
seluruh urat dan nadi bagai disiat...
dan jantungku terasa di rentap...
dunia ku rasakan gelap...

........mak, bapak yg ku kasihi..
........adik beradik yg ku sayangi..
........kekasih yg ku cintai..
........sahabat yg ku kagumi..
aku tak tahu bagaimana lagi.
untuk tempuhi semua ini.

"siapapun yg berada ditempat awak, pasti sukar menerima kenyataan ini..., saya harap awak ada seseorang yg boleh dikongsi masalah.." itu kata2 datin.

siapa? memang aku kenal ramai orang. tapi siapa? siapa yg sanggup mendengar berita tentang penyakit ku ini? keluarga? teman? kekasih? aku takut aku tak punya lagi tempat di hati mereka selepas ini. keluargaku orang baik2, dihormati dan dikenali. aku tak mahu mereka mendapat malu. teman? aku tak bersedia lagi kehilangan teman. kekasih? entahlah. ujian ini terlalu berat utk ditanggung.

seterusnya datin merujuk kes aku ke unit pakar di tingkat bawah. ku cuba kuatkan semanagat. menahan keresahan dan air mata yg bergenang. aku dijadualkan untuk menghadiri sesi kaunseling dan ujian pallet darah pada tanggal 17 disember 2008. mengesan sejauh mana penyakit ini merebak dalam tubuh.

ku pulang dengan seribu kekesalan.. segalanya sudah terlambat. adakah ini pengakhiran hidupku? beginikah caranya ku mati nanti? diselaputi kehinaan dan perasaan malu. yang ku tahu, hidupku takkan sama lagi selepas ini.

No comments: